Monday 6 October 2014

Rancangan Pembangunan Lima Tahun

Rancangan Pembangunan Lima Tahun telah dilaksanakan dalam dua tahap iaitu tahap pertama dan tahap kedua. Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua (1971-1990) juga dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (RRJP1) dan dilaksanakan di bawah Dasar Ekonomi Baru.

Tahap Pertama (1956-1970)
Tahap Kedua (1971-1990)
Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)


Isu-isu yang diketengahkan dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun tahap pertama adalah Rancangan Malaya Pertama. Diperkenalkan sejak merdeka lagi. Matlamat utama Rancangan Malaya Pertama adalah untuk membangunkan kawasan luar bandar supaya jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar dapat dirapatkan. Di samping itu, bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar. Rancangan ini juga bermatlamat untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan negara supaya negara tidak terlalu bergantung pada getah dan bijih timah sahaja.




No comments:

Post a Comment