Dapat kita
lihat, kerajaan telah mengambil inisiatif yang sangat bersungguh-sungguh untuk menjadikan
ekonomi negara ke satu tahap yang paling maksimum akibat daripada kepincangan
yang ditinggalkan semasa pemerintahan British. Biarpun begitu, kerajaan juga
sangat mengambil kira kesan jangka pendek dan panjang terhadap sesuatu
pelaksanaan dasar pembangunan yang digubal. Oleh itu, tidak hairanlah aspek
pembasmian kadar kemiskinan, peningkatan KDNK dan taraf ekonomi seisi rumah
dibangunkan seiring dengan penyusunan semula masyarakat dan agihan ekonomi yang
seimbang antara semua kaum, masyarakat dan juga kawasan.
Semua dasar
pembangunan yang digubal oleh kerajaan merupakan satu garis panduan yang amat
penting dalam negara dan juga menjamin perpaduan peribadi sekali gus
keharmonian rakyat. Dasar-dasar ini digubal supaya setiap pihak mendapat
layanan yang saksama, bertolak ansur sesama jantina dan meletakkan negara
dengan satu identiti yang tersendiri di mata dunia.
Justeru,
pengajaran yang boleh dikatakan di sini, sebagai rakyat Malaysia, semua
warganegara adalah bertanggungjawab menjadi penyokong kepada segala dasar-dasar
kerajaan yang digubal. Dasar-dasar pembangunan sosial yang diperkenalkan oleh
negara sesungguhnya amat bermanfaat dalam memupuk perpaduan, kesamarataan dan
integriti rakyat. Kesan kepada bangsa dan negara pula boleh dikatakan, kebijaksanaan
pemimpin pada masa lepas merancang pembangunan negara telah memberi kesan
kepada kerancakan pembangunan pada hari ini.
No comments:
Post a Comment