Monday 6 October 2014

Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)

Rancangan Malaysia Keempat pula dilancarkan semasa dunia mengalami kelembapan ekonomi. Rancangan Malaysia Keempat tetap meneruskan program pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ketiga. Isu yang diketengahkan dalam Rancangan Malaysia Keempat adalah mula memberikan tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja mahir. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada akhir tahun 1980. Penubuhan HICOM adalah untuk mengenal pasti, memulakan dan menguruskan projek industri berat dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta.

Bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asing, perusahaan baru telah di buka seperti di Skudai, Johor, di Senawang, Negeri Sembilan, Bintulu, Sarawak serta Menggatal dan Likas, Sabah. Di samping itu, zon perdagangan bebas telah diperkenalkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Sungai Way, Selangor.


No comments:

Post a Comment