Rancangan
Malaysia Ketiga pula merupakan lanjutan Rancangan Malaysia Kedua yang terus
mendukung aspirasi Dasar Ekonomi Baru. Usaha membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat terus menjadi matlamat segala program pembangunan ekonomi
dalam tempoh ini. Program Pembangunan Pertanian dan perindustrian diteruskan
untuk meningkatkan produktiviti, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan
taraf hidup rakyat.
Pembukaan
tanah secara besar-besaran dilaksanakan di bawah program pembangunan wilayah
oleh agensi-agensinya seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga
Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara
(DARA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Tumpuan diberikan
terhadap penanaman getah dan kelapa sawit kerana keperluan eksport. Agensi
pembangunan wilayah diluaskan peranannya dalam sektor pembangunan industri dan
pembangunan bandar baru.
No comments:
Post a Comment