Monday 6 October 2014

Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)

Rancangan Malaya Kedua merupakan kesinambungan Rancangan Malaya Pertama kerana rancangan ini masih memberikan penekanan kepada pembangunan penduduk luar bandar. Tujuannya adalah untuk merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar dengan penduduk bandar dan mengurangkan kadar kemiskinan dan sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat. Program di bawah FELDA digiatkan begitu juga dengan usaha mempelbagaikan jenis tanaman untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap getah dan bahan makanan import. FAMA ditubuhkan pada tahun 1965 untuk membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian dan meningkatkan pendapatan mereka.


Rancangan Malaya Kedua pula memberikan tumpuan terhadap penyediaan infrastruktur sosial seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan. Usaha menyediakan peluang pekerjaan juga diberi perhatian. Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan kegiatan pembangunan pada peringkat negeri, daerah dan kampung. Sehubungan itu, Buku Merah yang mengandungi program, pelaksanaan dan kaedah diperkenalkan.

No comments:

Post a Comment