Semasa
memerintah Tanah Melayu, British telah memperkenalkan pelbagai dasar hanya
untuk memenuhi kepentingan ekonomi mereka. Kesannya, British telah berjaya
mengaut keuntungan daripada sistem ekonomi moden yang diperkenalkan.
Sistem ini
yang bercirikan penggunaan mata wang, pengenalan institusi bank, perdagangan
antarabangsa, penggunaan teknologi tinggi dan sistem pengurusan yang cekap
adalah begitu asing kepada penduduk peribumi. Penduduk peribumi terus
ketinggalan dengan sistem ekonomi tradisional yang merupakan ekonomi sara diri.
Menjelang
kemerdekaan, Tanah Melayu terpaksa menghadapi segala kepincangan yang
ditinggalkan oleh penjajah untuk membangunkan ekonomi dan sosial demi
kesejahteraan rakyatnya. Pembangunan ekonomi di negara kita dilaksanakan
melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang dimulakan oleh kerajaan Parti
Perikatan sejak sebelum merdeka lagi. Pada peringkat awal, rancangan tersebut
memberikan tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar bandar. Dasar ekonomi Baru
(DEB) diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
tanpa mengira kaum. Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Apabila tempoh Dasar
Ekonomi Baru tamat pada tahun 1990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pula
diperkenalkan untuk menyambung hasrat Dasar Ekonomi Baru sehingga 2000.
Dalam
pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun menerusi Dasar Ekonomi Baru dan
Dasar Pembangunan Nasional, banyak dasar pembangunan dan agensi kerajaan
diwujudkan secara bersepadu untuk memastikan kejayaan pembangunan ekonomi
negara. Secara umumnya, sejarah
perancangan pembangunan negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama iaitu
Perancangan zaman sebelum merdeka, Perancangan zaman selepas merdeka dan
Perancangan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
Oleh itu,
objektif pertama penulisan ini adalah untuk mengetahui isu-isu yang
diketengahkan dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan mengetahui
keberkesanan Rancangan Malaysia dan objektif kedua adalah untuk mengetahui
keberkesanan Rancangan Malaysia.
No comments:
Post a Comment