Monday 6 October 2014

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

Rancangan Malaysia Kelima pula merupakan rancangan lima tahun ekonomi yang terakhir untuk merealisasikan aspirasi Dasar Ekonomi Baru yang genap 20 tahun pada tahun 1990. Isu yang diketengahkan dalam Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan dalam sektor swasta.

Selain itu, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport. Pada masa yang sama, kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan. Penggunaan tanah dengan lebih cekap dititikberatkan supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Industri desa yang berpotensi seperti kraf tangan digalakkan. Oleh itu, kredit dan insentif telah diperluaskan, misalnya, melalui Bank Pertanian Malaysia, Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Sektor pelancongan menjadi perusahaan penting dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima. Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan lagi industri pelancongan terutama dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.
Selain itu, satu lagi penekanan adalah dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan untuk meningkatkan produktiviti negara.


No comments:

Post a Comment