Keberkesanan
rancangan Malaysia dalam Rancangan Malaya Pertama adalah penubuhan dua agensi
kerajaan iaitu Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1963. Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Kedua-duanya berperanan memajukan ekonomi
luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.
Keberkesanan
rancangan Malaysia dalam Rancangan Malaya Kedua dapat dilihat dengan penyertaan
lebih ramai rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan. Peruntukan
pembangunan ditambah hampir dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya
Pertama.
Dalam
Rancangan Malaysia Pertama pula, beberapa buah agensi kerajaan telah dilahirkan
iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1966. Bank Bumiputra pada tahun
1966. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) pada tahun 1967 dan
Lembaga Penasihat Tarif dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun
1969.
Dalam
Rancangan Malaysia Kedua dapat dilihat keberkesanan rancangan Malaysia melalui Dasar
Ekonomi Baru, diperkenalkan pada tahun 1970. Dasar ini dilaksanakan antara
tempoh 1971 hingga 1990 sebagai satu rancangan pembangunan ekonomi dan
perpaduan negara dalam masyarakat yang berbilang kaum. Dasar Ekonomi Baru
dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang
antara tahun 1071-1990. Hal ini kerana program0program pembangunan yang
dilancarkan selepas merdeka sebelum Dasar Ekonomi Baru didapati belum dapat
mengatasi pelbagai masalah.
Dapat dilihat
keberkesanannya melalui Dasar Ekonomi Baru yang mana pembasmian kadar
kemiskinan telah menurun 17.1% pada tahun 1990 berbanding dengan tahun 1970,
iaitu 49.3%. Dalam KDNK telah meningkat sebanyak RM59155 pada tahun 1990
berbanding dengan tahun 1970 iaitu RM1109. Selain itu, Modal Saham Milik
Bumiputera juga telah meningkat 20.3% pada tahun 1990 berbanding dengan tahun
1970 iaitu 2.4%.
a)
Kemiskinan di luar bandar
Terdiri daripada sektor pertama iaitu pekebun kecil, menanam padi, pekerja estet, nelayan dan penternak. Menurut banci penduduk pada tahun 1970, terdapat kira-kira 4.3% penduduk berpendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu RM200.00 dan kira-kira 86% daripada jumlah tersebut adalah penduduk luar bandar. Selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru, kadar kemiskinan pekebun kecil getah berkurangan sebanyak 64.7% pada tahun 1970 kepada 40% pada tahun 1987. Begitu juga dengan kadar kemiskinan penanam padi mengalami kekurangan dan bidang lain juga turut menunjukkan pengurangan.
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai kemudahan perkhidmatan awam seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Pihak kerajaan juga telah menyediakan bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks percuma, makanan tambahan kepada kanak-kanak dan program rumah murah. Usaha pihak kerajaan telah menampakkan hasil untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dalam masa lebih kurang 20 tahun dengan tahap kemiskinan penduduk dapat dikurangkan.
Terdiri daripada sektor pertama iaitu pekebun kecil, menanam padi, pekerja estet, nelayan dan penternak. Menurut banci penduduk pada tahun 1970, terdapat kira-kira 4.3% penduduk berpendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu RM200.00 dan kira-kira 86% daripada jumlah tersebut adalah penduduk luar bandar. Selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru, kadar kemiskinan pekebun kecil getah berkurangan sebanyak 64.7% pada tahun 1970 kepada 40% pada tahun 1987. Begitu juga dengan kadar kemiskinan penanam padi mengalami kekurangan dan bidang lain juga turut menunjukkan pengurangan.
Kerajaan telah melaksanakan pelbagai kemudahan perkhidmatan awam seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Pihak kerajaan juga telah menyediakan bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks percuma, makanan tambahan kepada kanak-kanak dan program rumah murah. Usaha pihak kerajaan telah menampakkan hasil untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dalam masa lebih kurang 20 tahun dengan tahap kemiskinan penduduk dapat dikurangkan.
b)
Kemiskinan di bandar
Terdiri daripada mereka yang terlibat dalam sektor kedua dan ketiga iaitu perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan, perdagangan dan perkhidmatan. Selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru, kadar kemiskinan ini berjaya dikurangkan. Dalam tempoh 20 tahun pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, kadar kemiskinan di bandar dapat dikurangkan dari kadar 21.3% pada tahun 1970 kepada 7.5% pada tahun 1990.
Pembasmian kemiskinan mengikut negeri di setiap negeri juga dapat dikurangkan dalam tempoh 11 tahun setelah Dasar Ekonomi Baru dipraktikkan.
Penyediaan keperluan asas dan mutu secara keseluruhannya didapati bertambah baik dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru ini. Contohnya, dalam aspek kesihatan, kadar kematian bayi dan kadar kematian kasar semakin berkurangan. Jangka hayat penduduk juga bertambah. Pada aspek pelajaran, menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam bilangan pelajar di sekolah rendah dan menengah. Peratus penduduk luar bandar yang mendapat bekalan air paip dan elektrik serta kemudahan tandas yang sempurna semakin meningkat.
Terdiri daripada mereka yang terlibat dalam sektor kedua dan ketiga iaitu perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan, perdagangan dan perkhidmatan. Selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru, kadar kemiskinan ini berjaya dikurangkan. Dalam tempoh 20 tahun pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, kadar kemiskinan di bandar dapat dikurangkan dari kadar 21.3% pada tahun 1970 kepada 7.5% pada tahun 1990.
Pembasmian kemiskinan mengikut negeri di setiap negeri juga dapat dikurangkan dalam tempoh 11 tahun setelah Dasar Ekonomi Baru dipraktikkan.
Penyediaan keperluan asas dan mutu secara keseluruhannya didapati bertambah baik dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru ini. Contohnya, dalam aspek kesihatan, kadar kematian bayi dan kadar kematian kasar semakin berkurangan. Jangka hayat penduduk juga bertambah. Pada aspek pelajaran, menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam bilangan pelajar di sekolah rendah dan menengah. Peratus penduduk luar bandar yang mendapat bekalan air paip dan elektrik serta kemudahan tandas yang sempurna semakin meningkat.
Dalam Rancangan
Malaysia Ketiga, keberkesanan yang dilakukan adalah sebanyak 28 buah bandar
dibina di bawah rancangan KEJORA, KE TENGAH, DARA pada tahun 1980. Badan-badan
berkanun seperti MARA, FELDA, PERNAS, UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha
pembangunan.
Dalam
Rancangan Malaysia Keempat pula, penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia
(HICOM). Membuka kawasan perindustrian baharu seperti Senawang, Skudai,
Bintulu, Menggatal dan Likas. Membuka kawasan perdagangan bebas seperti Bayan
Lepas. Memperkenalkan program ‘Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan
Induk Industri (IPP). KDNK berkembang pada kadar purata 5.8 % setahun.
Pendapatan per kapita meningkat sebanyak 4.4% setahun daripada RM3,171 juta
pada tahun 1980 kepada RM4,609 juta pada tahun 1985.
Selain itu,
dapat dilihat keberkesanan projek perindustrian, dua program telah dilancarkan
pada tahun 1983, iaitu Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk
Perindustrian. Kelemahan dalam struktur perindustrian negara dikenal pasti oleh
Kajian Dasar Perindustrian Malaysia. Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan
hala tuju pembangunan industri dan strategi pelaksanaannya.
Usaha
kerajaan bukan sahaja untuk memajukan negara dengan cara mempelbagaikan
kegiatan perindustrian, tetapi juga untuk menyediakan peluang pekerjaan yang
lebih banyak kepada rakyat. Selain menyediakan peluang pekerjaan, sektor ini
juga dijangka akan menjadi pengeksport utama negara dan menyediakan latihan
teknikal serta kemahiran kepada rakyat tempatan.
Objektif
Pelan Induk Perindustrian Negara adalah untuk menjadikan sektor perkilangan
sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian negara. Menggalakkan penggunaan
sepenuhnya sumber asli negara. Pelaksanaan yang dibuat daripada itu, berjaya
mengenal pasti 12 sektor yang perlu diberi penekanan dalam masa 10 tahun akan
datang iaitu sektor yang berasaskan sumber tempatan seperti getah, kelapa
sawit, kimia dan lain-lain dan sektor industri yang bukan berasaskan sumber
seperti mesin, pengangkutan, logam-logam ferus, tekstil dan pakaian. Strategi
yang dibuat adalah menggalakkan pengguna-pengguna Malaysia menggunakan lebih
banyak barangan buatan Malaysia dan menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil.
Dasar
Perindustrian Berat merupakan dasar kerajaan yang bertujuan untuk memajukan dan
mengembangkan kegiatan-kegiatan industri berat untuk pembangunan. Ini kerana,
sektor perindustrian telah memberikan sumbangan yang sangat besar kepada
ekonomi negara.
Sektor
Perindustrian Berat memberi sumbangan kepada ekonomi negara setanding dengan
sektor pertanian. Sumbangan sektor perindustrian dalam KDNK telah meningkat
daripada 13.4% pada tahun 1970 kepada 20.5% pada tahun 1980 sementara sumbangan
sektor pertanian menurun daripada 30.8% kepada 22.2% dalam tempoh yang sama.
Sektor
pekerjaan yang diwujudkan di mana dalam sektor perindustrian telah bertambah
11.4% pada tahun 1970 kepada 15.8% pada tahun 1980.
Objektif
Dasar Perindustrian Berat adalah mewujudkan peluang untuk param pekerja dilatih
dalam bidang-bidang kejuruteraan dan kemahiran-kemahiran berkaitan dan
mengelakkan pergantungan berterusan kepada barangan dan teknologi asing.
Pelaksanaan daripada itu, kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat
Malaysia (HICOM) pada tahun 1980. Berikutan daripada ini, beberapa projek
tajaan kerajaan dengan usaha sama pelabur asing telah dilancarkan. ini termasuk
loji simen, besi panas, kertas dan kompleks kejuruteraan.
Selain itu,
pencapaian yang ketara adalah projek kereta nasional yang dilaksanakan oleh
Perusahaan Automobil Nasional Sdn. Bhd. (proton) yang berjaya mengeluarkan
kereta tempatan model Proton Saga dan Iswara. Perusahaan ini dikembangkan lagi
dengan pengeluaran kereta oleh Perodua dan motosikal tempatan oleh Modenas.
Selain itu, perkembangan kilang pengeluaran simen seperti Kedah Cement Sdn.
Bhd. dan Perak Manjung Cement serta kilang memproses besi keluli Perwaja, Perak
Manjung Cement.
Rancangan
Malaysia Kelima pula menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia. Memperkenalkan
Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990. Pembangunan sumber manusia dalam aspek
latihan, kemahiran, pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan
perkapalan.
Keberkesanan
Rancangan Malaysia Keenam, menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam ekonomi
negara dan menyegerakan program penswastaan. Mengurangkan perbelanjaan tidak
produktif. Mengekalkan dasar liberalisasi, pelonggaran peratusan dan
undang-undang untuk membaiki iklim pelaburan. Mengubah struktur industri sedia
ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih
bermutu.
Rancangan
Malaysia Ketujuh pula, melaksanakan projek-projek yang dapat menjana pendapatan
dan memperbaiki perhubungan seperti KLIA, Hubungan Kedua Malaysia-Singapura,
MEASAT dan lain-lain. Penempatan semula setinggan, projek perumahan kos rendah
dan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Menambah peluang pendidikan
dan latihan dengan menambah jumlah universiti atau pusat pengajian tinggi.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan purata 4.7% setahun,
melepasi sasaran 3.0%. Langkah pemulihan ekonomi telah meningkatkan penggunaan
dan membendung inflasi. Rancangan Malaysia Kelapan, dasar Penswastaan
diperkukuh lagi. Menggalakkan pelaburan asing (FDI) terutama dalam sektor
berteknologi tinggi. Pengenalan program Rakan Muda bagi tujuan memperkukuh
nilai dan etika.
Rancangan
Malaysia Kesembilan pula, menyediakan kemudahan perkhidmatan yang cekap dan
berkesan. Menggalakkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (IKS) dan
merancakkan program Penswastaan. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh pula,
Pembangunan berasaskan kekuatan negara.
Dasar
Pertanian Negara pula telah dilancarkan pada 12 Januari 1984. Ia digubal untuk
menjadi garis panduan kepada pihak kerajaan dan sektor swasta untuk
membangunkan sektor pertanian. Dasar ini juga digubal memandangkan sumbangan
sektor pertanian kepada negara semakin berkurangan berbanding dengan sektor
lain seperti pembuatan dan perkhidmatan.
Dasar
Pertanian Negara digubal untuk membangunkan perkhidmatan pertanian sehingga
tahun 1991 dengan matlamat untuk memaksimumkan pendapatan sektor pertanian
supaya dapat memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Memaksimumkan
pendapatan pengusaha dan pekebun kecil melalui peningkatan pengeluaran dan
kadar kemiskinan akan dapat dikurangkan.
Dasar
Pertanian Negara kedua diperkenalkan pula antara tahun 1992 hingga 1997. Dasar
Pertanian Negara kedua memberi penekanan untuk meningkatkan produktiviti,
kecekapan dan persaingan. Meningkatkan keluasan tanaman kelapa sawit (tanaman
ladang) dan pembangunan industri asas tani.
Selanjutnya
kerajaan memperkenalkan pula Dasar Pertanian Negara ketiga bagi tempoh
1998-2010. Objektif utamanya adalah untuk memaksimumkan pendapatan melalui
penggunaan sumber secara optimum dalam sektor ini. Dasar ini meliputi usaha
memaksimumkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan nelayan.
Perkembangan
Pendidikan Malaysia dan Dasar Pendidikan Kebangsaan pula, Sebelum lahirnya
suatu dasar yang bersepadu yang menjadi pegangan, tanah air telah melawati
suatu proses yang panjang dalam sistem pendidikan negara. Setiap episod dan
proses yang dilewati itu menjadi pedoman dan panduan terhadap kerajaan masa
kini dalam menggubal sebarang dasar mahupun peraturan pendidikan negara.
Sebelum
kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan di negara ini dibentuk
tidak formal. Pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam memulakan sistem
pendidikan formal dengan cara membina sekolah-sekolah pondok, terutama di
Perlis, Kelantan, Kedah dan Terengganu. Sekolah ini mengajar
pelajaran-pelajaran agama seperti membaca al-Quran, Hadis, Fiqah dan lain-lain.
Selepas
kemasukan British, beberapa sistem pendidikan di Tanah Melayu diperkenalkan.
Akibat dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British, sistem
pendidikan antara kaum di Tanah Melayu juga terpisah. Sekolah vernakular Melayu
mula ditubuhkan pada tahun 1856. Sekolah ini menyediakan pendidikan asas selama
empat tahun dan mendapat bantuan penuh kerajaan. Tulisan rumi juga
diperkenalkan. Pendidikan di
sekolah-sekolah ini bertujuan melahirkan masyarakat yang sederhana. Hal ini
kerana, pelajar-pelajar lebih ditekankan kepada pelajaran vokasional. Sekolah
Vernakular Cina yang pertama pula telah
dibina pada tahun 1916 di Melaka.
Sistem
pendidikan aneka jurusan dimulakan pada tahun 1965 menggantikan Sekolah Pelajaran Lanjutan. Sistem ini digubal
berlandaskan Laporan Aminuddin Baki. Antara matlamat Pendidikan Aneka Jurusan
adalah untuk memberi persediaan kepada pelajar untuk menjawat pekerjaan yang
sesuai. Menyediakan pelajaran aneka jurusan ini bermula dari Tingkatan 4.
Tujuan dasar
ini adalah untuk menyediakan sistem pelajaran kebangsaan yang dapat melahirkan
warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan sekali gus
selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. Strategi-strategi dasar ini adalah
untuk menyatukan sistem pelajaran untuk memupuk kesedaran perpaduan kebangsaan.
Memperbaiki mutu pelajaran untuk membina masyarakat progresif berlandaskan
sains dan teknologi.
Penggubalan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan pula penting bagi sesebuah negara membangun dan
yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini menjadi
garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara dalam
kalangan dunia antarabangsa.
Sebagai satu
proses yang berterusan, pewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus
berlandaskan unsur dan tiga prinsip. Tiga-tiga prinsip tersebut adalah
berteraskan kebudayaan penduduk asal negara ini, unsur-unsur kebudayaan lain
yang sesuai wajar diterima dan Islam menjadi unsur kepada pembentukan
kebudayaan kebangsaan.
Objektif
Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
melalui kebudayaan kebangsaan. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
yang tumbuh daripada kebudayaan.
Strateginya
adalah pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan
asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan,
pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya. Mewujudkan komunikasi yang
berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.
Selain itu, memenuhi keperluan sosiobudaya dan meningkatkan taraf dan mutu
kesenian. Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan mengambil kira tiga aspek
utama iaitu berteraskan Kebudayaan Rakyat Asal Rantau, Unsur-unsur Kebudayaan
Lain yang sesuai dan Wajar Diterima dan Islam Menjadi Unsur Pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan.
No comments:
Post a Comment