Objektif
Rancangan Malaysia Kesepuluh adalah memacu ekonomi berdasarkan faktor dalam
negara. Kedua, memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk kejayaan antarabangsa.
Ketiga, mentransformasikan negara berpendapatan tinggi dan pertumbuhan
berasaskan produktiviti dan inovasi. Selain itu, mengekalkan modal insan.
Seterusnya, memanfaatkan peluang sama rata dan perkongsian pintar dan
menghargai khazanah negara.
Pelaksanaan
yang dibuat adalah pembangunan berasaskan kekuatan negara. Mewujudkan
persekitaran untuk menjayakan pertumbuhan ekonomi. Seterusnya, menuju ke arah
pembangunan sosioekonomi secara inklusif. Membangun dan mengekalkan modal insan
bertaraf dunia. Selain itu, mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan
kualiti hidup dan mentransformasikan kerajaan ke arah mentransformasikan
Malaysia.
Pada
keseluruhannya, walaupun Rancangan Pembangunan Lima Tahun ini telah menunjukkan
kemajuan terutamanya pada tahap pertama tetapi perasaan tidak puas hati antara
kaum masih lagi timbul sehingga berlakunya Peristiwa 13 Mei 1963. Namun pada
tahap kedua, pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru berjaya merapatkan jurang antara
kaum serta wilayah.
Kadar
kemiskinan menurun manakala dalam KDNK pendapatan per kapita dan hak milik
modal saham kaum Bumiputera meningkat. Walaupun begitu, peningkatan hak modal
saham bumiputera hanya setakat 20.3% sedangkan sasaran yang ditetapkan 30%.
Sebaliknya, hak milik modal saham kaum bukan bumiputera meningkat kepada 46.2%
melebihi sasaran 40% yang ditetapkan. Ini bermakna Dasar Ekonomi Baru
memberikan manfaat kepada semua kaum.
No comments:
Post a Comment