Objektif dan
matlamat Rancangan Malaysia Ketujuh adalah mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang
seimbang dengan strategi peningkatan produktiviti dan memperkuat daya tahan
ekonomi negara. Membasmi kemiskinan dan pengagihan pendapatan turut diberi
keutamaan. Selain itu, mempertingkatkan guna tenaga, pendidikan dan latihan.
Pembangunan kemasyarakatan seperti perumahan, kesihatan, khidmat sosial dan
infrastruktur ditekankan dan menggiatkan program penswastaan bagi meringankan
beban kerajaan.
Pelaksanaan
dan kejayaan daripada Rancangan Malaysia Ketujuh adalah melaksanakan
projek-projek yang dapat menjana pendapatan dan memperbaiki perhubungan seperti
KLIA, Hubungan Kedua Malaysia- Singapura, MEASAT dan lain-lain. Menyediakan
kemudahan bagi meningkatkan kualiti hidup golongan miskin. Selain itu,
penempatan semula setinggan, projek perumahan kos rendah dan Program
Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Menambahkan peluang pendidikan dan latihan
dengan menambah jumlah universiti dan pusat
pengajian tinggi.
Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan purata 4.7% setahun, melepasi
sasaran 3.0%. Langkah pemulihan ekonomi telah meningkatkan penggunaan dan
membendung inflasi. Kadar pengangguran kekal pada paras rendah. 3.0% manakala
Indeks Harga Pengguna turun kepada 1.6% pada tahun 2000.
No comments:
Post a Comment