Keberkesanan Rancangan Malaysia juga
dapat dilihat dalam Dasar 1Malaysia.
1Malaysia adalah satu gagasan bagi
memupuk perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting
yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia .Perdana Menteri Datuk
Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah memperkenalkan konsep 1Malaysia pada
tahun 2009. Konsep 1Malaysia telah bersandarkan satu prinsip iaitu ‘Rakyat
didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Konsep 1Malaysia merupakan gagasan bagi
memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pencapaian-percapaia GTP.GTP ialah
dalam bahasa Melayu dikenali sebagai ‘Program Transformasi Kerajaan’ yang
meletakkan objektif ialah mendahulukan perkara yang menjadi kebimbangan rakyat
dan penyampaian perubahan asas ke seluruh negara. Antara bidang-bidang terhasil
NKRA Pertama ialah kerajaan telah mengambil keputusan untuk melanjutkan program
Bantuan Rakyat 1Malaysia, pemberian Bantuan Persekolahan RM100 atau Baucer
Sekolah 1Malaysia kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah. Pelajar-pelajar
yang mengikuti pengajian di peringkat tinggi seperti universiti atau kolej pula
pemberian RM250 sebagai baucer 1Malaysia .
Selain itu, mempunyai alternatif dalam
mendapatkan barangan keperluan harian dan perkhidmatan dengan kos yang 20
hingga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. kerajaan telah
memperluaskan lagi perbukaan Kedai Rakyat 1Malaysia menjadi 85 buah kesemuanya
dan 168 klinik 1Malaysia pula sedang memberi rawatan kepada lebih enam juta
rakyat Malaysia dengan kos hanya RM 1 . Di samping itu , kerajaan telah
menubuhkan Kedai Kain 1Malaysia bagi Rakyat Malaysia yang mana harganya lebih
rendah berbanding dari kedai-kedai kain yang lain.
Seterusnya, NKRA kedua ialah
mempertingkatkan Taraf Kehidupan isi rumah berpendapatan rendah. Kerajaan telah
berjaya mengurangkan kadar kemiskinan melalui program Akhiri Zaman Miskin atau
1AZAM seramai 106,967 telah berjaya didaftarkan di bawah program-program Azam
kerja, Azam Niaga Azam khidmat dan Azam Tani. Rakyat telah menerima pembiayaan
mikro melalui Amanah Ikhtiar Malaysia, Tekun Nasional dan Yayasan Usaha Maju.
Program e-kasih pula, sebanyak 89 peratus atau lebih 100,00 mereka yang
berdaftar telah berjaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan.
NKRA Ketiga iaitu mempertingkatkan infrastruktur
asas luar bandar, kerajaan akan terus memastikan rakyat Malaysia yang tinggal
di kawasan luar bandar tidak terpisah daripada arus perdana pembangunan.
kerajaan telah dizahirkan melalui program infrastruktur luar bandar . Di bawah
inisiatif ini, lebih 3300 kilometer jalan raya telah dibina, lebih 1.4 juta isi
rumah dibekalkan air bersih dan lebih 470 ribu isi rumah mendapat akses
elektrik yang terjamin . kerajaan juga telah membina dan membaik pulih 53 ribu
rumah bagi penduduk miskin di luar bandar.
Selain dari itu, NKRA keempat ialah
mempertingkatkan pencapaian pelajar dan menyedari bahawa anak-anak adalah
pewaris dan masa hadapan negara. Pada tahun 2012, kita juga telah berjaya
mengeluarkan 164 atau lebih 40 peratus sekolah-sekolah daripada kumpulan
berprestasi rendah atau apa yang dikelaskan sebagai jaluran 6 dan 7 kepada
jaluran yang lebih baik yakini jaluran 1 hingga 5.
Seterusnya, NKRA Kelima ialah
mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar. Kerajaan telah menambah baik
pengangkutan awam melalui kerja-kerja pembinaan yang sedang dilaksanakan
khususnya projek penyambungan LRT dan MRT. Antara Inisiatif yang telah pun
dilaksanakan ialah penambahan tren enam gerabak bagi perkhidmatan tren komuter
KTM, perkhidmatan bas GoKL yang menawarkan perjalanan percuma serta pelaksanaan
sistem maklumat penumpang agar pengguna mempunyai gambaran yang lebih baik
tentang masa menunggu sebelum ketibaan bas.
No comments:
Post a Comment