Monday 6 October 2014

KESIMPULAN

Dapat kita lihat, kerajaan telah mengambil inisiatif yang sangat bersungguh-sungguh untuk menjadikan ekonomi negara ke satu tahap yang paling maksimum akibat daripada kepincangan yang ditinggalkan semasa pemerintahan British. Biarpun begitu, kerajaan juga sangat mengambil kira kesan jangka pendek dan panjang terhadap sesuatu pelaksanaan dasar pembangunan yang digubal. Oleh itu, tidak hairanlah aspek pembasmian kadar kemiskinan, peningkatan KDNK dan taraf ekonomi seisi rumah dibangunkan seiring dengan penyusunan semula masyarakat dan agihan ekonomi yang seimbang antara semua kaum, masyarakat dan juga kawasan.

Semua dasar pembangunan yang digubal oleh kerajaan merupakan satu garis panduan yang amat penting dalam negara dan juga menjamin perpaduan peribadi sekali gus keharmonian rakyat. Dasar-dasar ini digubal supaya setiap pihak mendapat layanan yang saksama, bertolak ansur sesama jantina dan meletakkan negara dengan satu identiti yang tersendiri di mata dunia.

Justeru, pengajaran yang boleh dikatakan di sini, sebagai rakyat Malaysia, semua warganegara adalah bertanggungjawab menjadi penyokong kepada segala dasar-dasar kerajaan yang digubal. Dasar-dasar pembangunan sosial yang diperkenalkan oleh negara sesungguhnya amat bermanfaat dalam memupuk perpaduan, kesamarataan dan integriti rakyat. Kesan kepada bangsa dan negara pula boleh dikatakan, kebijaksanaan pemimpin pada masa lepas merancang pembangunan negara telah memberi kesan kepada kerancakan pembangunan pada hari ini.



Keberkesanan Rancangan Malaysia Melalui 1Malaysia

Keberkesanan Rancangan Malaysia juga dapat dilihat dalam Dasar 1Malaysia.
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat  Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia .Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah memperkenalkan konsep 1Malaysia pada tahun 2009. Konsep 1Malaysia telah bersandarkan satu prinsip iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Konsep 1Malaysia merupakan gagasan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pencapaian-percapaia GTP.GTP ialah dalam bahasa Melayu dikenali sebagai ‘Program Transformasi Kerajaan’ yang meletakkan objektif ialah mendahulukan perkara yang menjadi kebimbangan rakyat dan penyampaian perubahan asas ke seluruh negara. Antara bidang-bidang terhasil NKRA Pertama ialah kerajaan telah mengambil keputusan untuk melanjutkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia, pemberian Bantuan Persekolahan RM100 atau Baucer Sekolah 1Malaysia kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah. Pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat tinggi seperti universiti atau kolej pula pemberian RM250 sebagai baucer 1Malaysia .

Selain itu, mempunyai alternatif dalam mendapatkan barangan keperluan harian dan perkhidmatan dengan kos yang 20 hingga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. kerajaan telah memperluaskan lagi perbukaan Kedai Rakyat 1Malaysia menjadi 85 buah kesemuanya dan 168 klinik 1Malaysia pula sedang memberi rawatan kepada lebih enam juta rakyat Malaysia dengan kos hanya RM 1 . Di samping itu , kerajaan telah menubuhkan Kedai Kain 1Malaysia bagi Rakyat Malaysia yang mana harganya lebih rendah berbanding dari kedai-kedai kain yang lain.

Seterusnya, NKRA kedua ialah mempertingkatkan Taraf Kehidupan isi rumah berpendapatan rendah. Kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan melalui program Akhiri Zaman Miskin atau 1AZAM seramai 106,967 telah berjaya didaftarkan di bawah program-program Azam kerja, Azam Niaga Azam khidmat dan Azam Tani. Rakyat telah menerima pembiayaan mikro melalui Amanah Ikhtiar Malaysia, Tekun Nasional dan Yayasan Usaha Maju. Program e-kasih pula, sebanyak 89 peratus atau lebih 100,00 mereka yang berdaftar telah berjaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan.





NKRA Ketiga iaitu mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar, kerajaan akan terus memastikan rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan luar bandar tidak terpisah daripada arus perdana pembangunan. kerajaan telah dizahirkan melalui program infrastruktur luar bandar . Di bawah inisiatif ini, lebih 3300 kilometer jalan raya telah dibina, lebih 1.4 juta isi rumah dibekalkan air bersih dan lebih 470 ribu isi rumah mendapat akses elektrik yang terjamin . kerajaan juga telah membina dan membaik pulih 53 ribu rumah bagi penduduk miskin di luar bandar.

Selain dari itu, NKRA keempat ialah mempertingkatkan pencapaian pelajar dan menyedari bahawa anak-anak adalah pewaris dan masa hadapan negara. Pada tahun 2012, kita juga telah berjaya mengeluarkan 164 atau lebih 40 peratus sekolah-sekolah daripada kumpulan berprestasi rendah atau apa yang dikelaskan sebagai jaluran 6 dan 7 kepada jaluran yang lebih baik yakini jaluran 1 hingga 5.

Seterusnya, NKRA Kelima ialah mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar. Kerajaan telah menambah baik pengangkutan awam melalui kerja-kerja pembinaan yang sedang dilaksanakan khususnya projek penyambungan LRT dan MRT. Antara Inisiatif yang telah pun dilaksanakan ialah penambahan tren enam gerabak bagi perkhidmatan tren komuter KTM, perkhidmatan bas GoKL yang menawarkan perjalanan percuma serta pelaksanaan sistem maklumat penumpang agar pengguna mempunyai gambaran yang lebih baik tentang masa menunggu sebelum ketibaan bas.


Kerberkesanan Rancangan Malaysia

Keberkesanan rancangan Malaysia dalam Rancangan Malaya Pertama adalah penubuhan dua agensi kerajaan iaitu Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1963. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Kedua-duanya berperanan memajukan ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.

Keberkesanan rancangan Malaysia dalam Rancangan Malaya Kedua dapat dilihat dengan penyertaan lebih ramai rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan. Peruntukan pembangunan ditambah hampir dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama.

Dalam Rancangan Malaysia Pertama pula, beberapa buah agensi kerajaan telah dilahirkan iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1966. Bank Bumiputra pada tahun 1966. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) pada tahun 1967 dan Lembaga Penasihat Tarif dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969.

Dalam Rancangan Malaysia Kedua dapat dilihat keberkesanan rancangan Malaysia melalui Dasar Ekonomi Baru, diperkenalkan pada tahun 1970. Dasar ini dilaksanakan antara tempoh 1971 hingga 1990 sebagai satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara dalam masyarakat yang berbilang kaum. Dasar Ekonomi Baru dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang antara tahun 1071-1990. Hal ini kerana program0program pembangunan yang dilancarkan selepas merdeka sebelum Dasar Ekonomi Baru didapati belum dapat mengatasi pelbagai masalah.

Dapat dilihat keberkesanannya melalui Dasar Ekonomi Baru yang mana pembasmian kadar kemiskinan telah menurun 17.1% pada tahun 1990 berbanding dengan tahun 1970, iaitu 49.3%. Dalam KDNK telah meningkat sebanyak RM59155 pada tahun 1990 berbanding dengan tahun 1970 iaitu RM1109. Selain itu, Modal Saham Milik Bumiputera juga telah meningkat 20.3% pada tahun 1990 berbanding dengan tahun 1970 iaitu 2.4%.

a)    Kemiskinan di luar bandar
Terdiri daripada sektor pertama iaitu pekebun kecil, menanam padi, pekerja estet, nelayan dan penternak. Menurut banci penduduk pada tahun 1970, terdapat kira-kira 4.3% penduduk berpendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu RM200.00 dan kira-kira 86% daripada jumlah tersebut adalah penduduk luar bandar. Selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru, kadar kemiskinan pekebun kecil getah berkurangan sebanyak 64.7% pada tahun 1970 kepada 40% pada tahun 1987. Begitu juga dengan kadar kemiskinan penanam padi mengalami kekurangan dan bidang lain juga turut menunjukkan pengurangan.


Kerajaan telah melaksanakan pelbagai kemudahan perkhidmatan awam seperti kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Pihak kerajaan juga telah menyediakan bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks percuma, makanan tambahan kepada kanak-kanak dan program rumah murah. Usaha pihak kerajaan telah menampakkan hasil untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dalam masa lebih kurang 20 tahun dengan tahap kemiskinan penduduk dapat dikurangkan.


b)    Kemiskinan di bandar
Terdiri daripada mereka yang terlibat dalam sektor kedua dan ketiga iaitu perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan, perdagangan dan perkhidmatan. Selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru, kadar kemiskinan ini berjaya dikurangkan. Dalam tempoh 20 tahun pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, kadar kemiskinan di bandar dapat dikurangkan dari kadar 21.3% pada tahun 1970 kepada 7.5% pada tahun 1990.


Pembasmian kemiskinan mengikut negeri di setiap negeri juga dapat dikurangkan dalam tempoh 11 tahun setelah Dasar Ekonomi Baru dipraktikkan.


Penyediaan keperluan asas dan mutu secara keseluruhannya didapati bertambah baik dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru ini. Contohnya, dalam aspek kesihatan, kadar kematian bayi dan kadar kematian kasar semakin berkurangan. Jangka hayat penduduk juga bertambah. Pada aspek pelajaran, menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam bilangan pelajar di sekolah rendah dan menengah. Peratus penduduk luar bandar yang mendapat bekalan air paip dan elektrik serta kemudahan tandas yang sempurna semakin meningkat.
Dalam Rancangan Malaysia Ketiga, keberkesanan yang dilakukan adalah sebanyak 28 buah bandar dibina di bawah rancangan KEJORA, KE TENGAH, DARA pada tahun 1980. Badan-badan berkanun seperti MARA, FELDA, PERNAS, UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan.

Dalam Rancangan Malaysia Keempat pula, penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM). Membuka kawasan perindustrian baharu seperti Senawang, Skudai, Bintulu, Menggatal dan Likas. Membuka kawasan perdagangan bebas seperti Bayan Lepas. Memperkenalkan program ‘Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Industri (IPP). KDNK berkembang pada kadar purata 5.8 % setahun. Pendapatan per kapita meningkat sebanyak 4.4% setahun daripada RM3,171 juta pada tahun 1980 kepada RM4,609 juta pada tahun 1985.

Selain itu, dapat dilihat keberkesanan projek perindustrian, dua program telah dilancarkan pada tahun 1983, iaitu Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian. Kelemahan dalam struktur perindustrian negara dikenal pasti oleh Kajian Dasar Perindustrian Malaysia. Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan industri dan strategi pelaksanaannya.

Usaha kerajaan bukan sahaja untuk memajukan negara dengan cara mempelbagaikan kegiatan perindustrian, tetapi juga untuk menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat. Selain menyediakan peluang pekerjaan, sektor ini juga dijangka akan menjadi pengeksport utama negara dan menyediakan latihan teknikal serta kemahiran kepada rakyat tempatan.

Objektif Pelan Induk Perindustrian Negara adalah untuk menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian negara. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara. Pelaksanaan yang dibuat daripada itu, berjaya mengenal pasti 12 sektor yang perlu diberi penekanan dalam masa 10 tahun akan datang iaitu sektor yang berasaskan sumber tempatan seperti getah, kelapa sawit, kimia dan lain-lain dan sektor industri yang bukan berasaskan sumber seperti mesin, pengangkutan, logam-logam ferus, tekstil dan pakaian. Strategi yang dibuat adalah menggalakkan pengguna-pengguna Malaysia menggunakan lebih banyak barangan buatan Malaysia dan menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil.

Dasar Perindustrian Berat merupakan dasar kerajaan yang bertujuan untuk memajukan dan mengembangkan kegiatan-kegiatan industri berat untuk pembangunan. Ini kerana, sektor perindustrian telah memberikan sumbangan yang sangat besar kepada ekonomi negara.

Sektor Perindustrian Berat memberi sumbangan kepada ekonomi negara setanding dengan sektor pertanian. Sumbangan sektor perindustrian dalam KDNK telah meningkat daripada 13.4% pada tahun 1970 kepada 20.5% pada tahun 1980 sementara sumbangan sektor pertanian menurun daripada 30.8% kepada 22.2% dalam tempoh yang sama.

Sektor pekerjaan yang diwujudkan di mana dalam sektor perindustrian telah bertambah 11.4% pada tahun 1970 kepada 15.8% pada tahun 1980.

Objektif Dasar Perindustrian Berat adalah mewujudkan peluang untuk param pekerja dilatih dalam bidang-bidang kejuruteraan dan kemahiran-kemahiran berkaitan dan mengelakkan pergantungan berterusan kepada barangan dan teknologi asing. Pelaksanaan daripada itu, kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada tahun 1980. Berikutan daripada ini, beberapa projek tajaan kerajaan dengan usaha sama pelabur asing telah dilancarkan. ini termasuk loji simen, besi panas, kertas dan kompleks kejuruteraan.

Selain itu, pencapaian yang ketara adalah projek kereta nasional yang dilaksanakan oleh Perusahaan Automobil Nasional Sdn. Bhd. (proton) yang berjaya mengeluarkan kereta tempatan model Proton Saga dan Iswara. Perusahaan ini dikembangkan lagi dengan pengeluaran kereta oleh Perodua dan motosikal tempatan oleh Modenas. Selain itu, perkembangan kilang pengeluaran simen seperti Kedah Cement Sdn. Bhd. dan Perak Manjung Cement serta kilang memproses besi keluli Perwaja, Perak Manjung Cement.

Rancangan Malaysia Kelima pula menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia. Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990. Pembangunan sumber manusia dalam aspek latihan, kemahiran, pengurusan, keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.

Keberkesanan Rancangan Malaysia Keenam, menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam ekonomi negara dan menyegerakan program penswastaan. Mengurangkan perbelanjaan tidak produktif. Mengekalkan dasar liberalisasi, pelonggaran peratusan dan undang-undang untuk membaiki iklim pelaburan. Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih bermutu.

Rancangan Malaysia Ketujuh pula, melaksanakan projek-projek yang dapat menjana pendapatan dan memperbaiki perhubungan seperti KLIA, Hubungan Kedua Malaysia-Singapura, MEASAT dan lain-lain. Penempatan semula setinggan, projek perumahan kos rendah dan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Menambah peluang pendidikan dan latihan dengan menambah jumlah universiti atau pusat pengajian tinggi. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan purata 4.7% setahun, melepasi sasaran 3.0%. Langkah pemulihan ekonomi telah meningkatkan penggunaan dan membendung inflasi. Rancangan Malaysia Kelapan, dasar Penswastaan diperkukuh lagi. Menggalakkan pelaburan asing (FDI) terutama dalam sektor berteknologi tinggi. Pengenalan program Rakan Muda bagi tujuan memperkukuh nilai dan etika.

Rancangan Malaysia Kesembilan pula, menyediakan kemudahan perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Menggalakkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (IKS) dan merancakkan program Penswastaan. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh pula, Pembangunan berasaskan kekuatan negara.
Dasar Pertanian Negara pula telah dilancarkan pada 12 Januari 1984. Ia digubal untuk menjadi garis panduan kepada pihak kerajaan dan sektor swasta untuk membangunkan sektor pertanian. Dasar ini juga digubal memandangkan sumbangan sektor pertanian kepada negara semakin berkurangan berbanding dengan sektor lain seperti pembuatan dan perkhidmatan.

Dasar Pertanian Negara digubal untuk membangunkan perkhidmatan pertanian sehingga tahun 1991 dengan matlamat untuk memaksimumkan pendapatan sektor pertanian supaya dapat memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Memaksimumkan pendapatan pengusaha dan pekebun kecil melalui peningkatan pengeluaran dan kadar kemiskinan akan dapat dikurangkan.

Dasar Pertanian Negara kedua diperkenalkan pula antara tahun 1992 hingga 1997. Dasar Pertanian Negara kedua memberi penekanan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan. Meningkatkan keluasan tanaman kelapa sawit (tanaman ladang) dan pembangunan industri asas tani.

Selanjutnya kerajaan memperkenalkan pula Dasar Pertanian Negara ketiga bagi tempoh 1998-2010. Objektif utamanya adalah untuk memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum dalam sektor ini. Dasar ini meliputi usaha memaksimumkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan nelayan.

Perkembangan Pendidikan Malaysia dan Dasar Pendidikan Kebangsaan pula, Sebelum lahirnya suatu dasar yang bersepadu yang menjadi pegangan, tanah air telah melawati suatu proses yang panjang dalam sistem pendidikan negara. Setiap episod dan proses yang dilewati itu menjadi pedoman dan panduan terhadap kerajaan masa kini dalam menggubal sebarang dasar mahupun peraturan pendidikan negara.

Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan di negara ini dibentuk tidak formal. Pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam memulakan sistem pendidikan formal dengan cara membina sekolah-sekolah pondok, terutama di Perlis, Kelantan, Kedah dan Terengganu. Sekolah ini mengajar pelajaran-pelajaran agama seperti membaca al-Quran, Hadis, Fiqah dan lain-lain.

Selepas kemasukan British, beberapa sistem pendidikan di Tanah Melayu diperkenalkan. Akibat dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British, sistem pendidikan antara kaum di Tanah Melayu juga terpisah. Sekolah vernakular Melayu mula ditubuhkan pada tahun 1856. Sekolah ini menyediakan pendidikan asas selama empat tahun dan mendapat bantuan penuh kerajaan. Tulisan rumi juga diperkenalkan.  Pendidikan di sekolah-sekolah ini bertujuan melahirkan masyarakat yang sederhana. Hal ini kerana, pelajar-pelajar lebih ditekankan kepada pelajaran vokasional. Sekolah Vernakular  Cina yang pertama pula telah dibina pada tahun 1916 di Melaka.

Sistem pendidikan aneka jurusan dimulakan pada tahun 1965 menggantikan Sekolah   Pelajaran Lanjutan. Sistem ini digubal berlandaskan Laporan Aminuddin Baki. Antara matlamat Pendidikan Aneka Jurusan adalah untuk memberi persediaan kepada pelajar untuk menjawat pekerjaan yang sesuai. Menyediakan pelajaran aneka jurusan ini bermula dari Tingkatan 4.

Tujuan dasar ini adalah untuk menyediakan sistem pelajaran kebangsaan yang dapat melahirkan warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berkebolehan sekali gus selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara. Strategi-strategi dasar ini adalah untuk menyatukan sistem pelajaran untuk memupuk kesedaran perpaduan kebangsaan. Memperbaiki mutu pelajaran untuk membina masyarakat progresif berlandaskan sains dan teknologi.

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pula penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa.

Sebagai satu proses yang berterusan, pewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur dan tiga prinsip. Tiga-tiga prinsip tersebut adalah berteraskan kebudayaan penduduk asal negara ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai wajar diterima dan Islam menjadi unsur kepada pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan kebangsaan. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan.

Strateginya adalah pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. Selain itu, memenuhi keperluan sosiobudaya dan meningkatkan taraf dan mutu kesenian. Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan mengambil kira tiga aspek utama iaitu berteraskan Kebudayaan Rakyat Asal Rantau, Unsur-unsur Kebudayaan Lain yang sesuai dan Wajar Diterima dan Islam Menjadi Unsur Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.


Rancangan Malaysia Kesepuluh

Objektif Rancangan Malaysia Kesepuluh adalah memacu ekonomi berdasarkan faktor dalam negara. Kedua, memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk kejayaan antarabangsa. Ketiga, mentransformasikan negara berpendapatan tinggi dan pertumbuhan berasaskan produktiviti dan inovasi. Selain itu, mengekalkan modal insan. Seterusnya, memanfaatkan peluang sama rata dan perkongsian pintar dan menghargai khazanah negara.

Pelaksanaan yang dibuat adalah pembangunan berasaskan kekuatan negara. Mewujudkan persekitaran untuk menjayakan pertumbuhan ekonomi. Seterusnya, menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Selain itu, mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup dan mentransformasikan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia.

Pada keseluruhannya, walaupun Rancangan Pembangunan Lima Tahun ini telah menunjukkan kemajuan terutamanya pada tahap pertama tetapi perasaan tidak puas hati antara kaum masih lagi timbul sehingga berlakunya Peristiwa 13 Mei 1963. Namun pada tahap kedua, pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru berjaya merapatkan jurang antara kaum serta wilayah.


Kadar kemiskinan menurun manakala dalam KDNK pendapatan per kapita dan hak milik modal saham kaum Bumiputera meningkat. Walaupun begitu, peningkatan hak modal saham bumiputera hanya setakat 20.3% sedangkan sasaran yang ditetapkan 30%. Sebaliknya, hak milik modal saham kaum bukan bumiputera meningkat kepada 46.2% melebihi sasaran 40% yang ditetapkan. Ini bermakna Dasar Ekonomi Baru memberikan manfaat kepada semua kaum.

Rancangan Malaysia Kesembilan (2007- 20011)

Matlamat utama Rancangan Malaysia Kesembilan adalah memberikan tumpuan kepada permulaan fasa kedua Wawasan 2020 dengan memberi keutamaan kepada aspek-aspek pembangunan insaniah bagi membantu pembangunan fizikal.

Pelaksanaan yang dilakukan adalah memastikan pengagihan ekonomi yang saksama. Kedua, meningkatkan usaha membasmi kemiskinan terutama dalam kalangan rakyat termiskin di luar bandar. Selain itu, meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera, pengagihan pendapatan antara kaum dan Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Menyediakan kemudahan perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Seterusnya, menggalakkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (IKS) dan merancakkan program penswastaan.


Rancangan Malaysia Kelapan (2002-2006)

Objektif dan matlamat utamanya adalah memperkukuhkan keupayaan, kebolehan dan keazaman negara bagi menghadapi cabaran masa hadapan dan penekanan kepada perpaduan melalui pembangunan sosioekonomi.


Pelaksanaan yang dibuat adalah masih menekankan peningkatan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutamanya melalui teknologi maklumat dan komunikasi. Dasar penswastaan diperkukuhkan lagi pada Rancangan Malaysia Kelapan ini. Selain itu, menggalakkan pelaburan asing (FDI) terutama dalam sektor berteknologi tinggi dan pengenalan program Rakan Muda bagi tujuan memperkukuhkan nilai dan etika.

Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2001)


Objektif dan matlamat Rancangan Malaysia Ketujuh adalah mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dengan strategi peningkatan produktiviti dan memperkuat daya tahan ekonomi negara. Membasmi kemiskinan dan pengagihan pendapatan turut diberi keutamaan. Selain itu, mempertingkatkan guna tenaga, pendidikan dan latihan. Pembangunan kemasyarakatan seperti perumahan, kesihatan, khidmat sosial dan infrastruktur ditekankan dan menggiatkan program penswastaan bagi meringankan beban kerajaan.

Pelaksanaan dan kejayaan daripada Rancangan Malaysia Ketujuh adalah melaksanakan projek-projek yang dapat menjana pendapatan dan memperbaiki perhubungan seperti KLIA, Hubungan Kedua Malaysia- Singapura, MEASAT dan lain-lain. Menyediakan kemudahan bagi meningkatkan kualiti hidup golongan miskin. Selain itu, penempatan semula setinggan, projek perumahan kos rendah dan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Menambahkan peluang pendidikan dan latihan dengan menambah jumlah universiti dan pusat  pengajian tinggi.


Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan purata 4.7% setahun, melepasi sasaran 3.0%. Langkah pemulihan ekonomi telah meningkatkan penggunaan dan membendung inflasi. Kadar pengangguran kekal pada paras rendah. 3.0% manakala Indeks Harga Pengguna turun kepada 1.6% pada tahun 2000.

Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)

Objektif Rancangan Malaysia Keenam adalah mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara. Selain itu, mengurus kejayaan ekonomi negara supaya matlamat pembangunan seimbang tercapai.


Pelaksanaan atau kejayaan yang dilakukan adalah mengekalkan penglibatan sektor swasta dalam ekonomi negara dan menyegerakan program penswastaan. Mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan mengekalkan dasar liberalisasi, pelonggaran peratusan dan undang-undang untuk memperbaiki iklim pelaburan. Selain itu, mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih bermutu lagi.

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

Rancangan Malaysia Kelima pula merupakan rancangan lima tahun ekonomi yang terakhir untuk merealisasikan aspirasi Dasar Ekonomi Baru yang genap 20 tahun pada tahun 1990. Isu yang diketengahkan dalam Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan dalam sektor swasta.

Selain itu, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport. Pada masa yang sama, kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan. Penggunaan tanah dengan lebih cekap dititikberatkan supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Industri desa yang berpotensi seperti kraf tangan digalakkan. Oleh itu, kredit dan insentif telah diperluaskan, misalnya, melalui Bank Pertanian Malaysia, Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Sektor pelancongan menjadi perusahaan penting dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima. Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan lagi industri pelancongan terutama dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.
Selain itu, satu lagi penekanan adalah dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan untuk meningkatkan produktiviti negara.


Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)

Rancangan Malaysia Keempat pula dilancarkan semasa dunia mengalami kelembapan ekonomi. Rancangan Malaysia Keempat tetap meneruskan program pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ketiga. Isu yang diketengahkan dalam Rancangan Malaysia Keempat adalah mula memberikan tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja mahir. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada akhir tahun 1980. Penubuhan HICOM adalah untuk mengenal pasti, memulakan dan menguruskan projek industri berat dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta.

Bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asing, perusahaan baru telah di buka seperti di Skudai, Johor, di Senawang, Negeri Sembilan, Bintulu, Sarawak serta Menggatal dan Likas, Sabah. Di samping itu, zon perdagangan bebas telah diperkenalkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Sungai Way, Selangor.


Rancangan Malaysia Ketiga (1975-1980)

Rancangan Malaysia Ketiga pula merupakan lanjutan Rancangan Malaysia Kedua yang terus mendukung aspirasi Dasar Ekonomi Baru. Usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat terus menjadi matlamat segala program pembangunan ekonomi dalam tempoh ini. Program Pembangunan Pertanian dan perindustrian diteruskan untuk meningkatkan produktiviti, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Pembukaan tanah secara besar-besaran dilaksanakan di bawah program pembangunan wilayah oleh agensi-agensinya seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). Tumpuan diberikan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit kerana keperluan eksport. Agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baru.

Tahap Kedua Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)

Rancangan Malaysia Kedua merupakan rancangan pembangunan lima tahun pertama di bawah Dasar Ekonomi Baru. Matlamat Rancangan Malaysia Kedua adalah untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan dan wilayah. Tumpuan diberikan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dengan menambahkan pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi serta menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi. Beberapa agensi di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah ditubuhkan untuk melaksanakan program pembangunan wilayah. Agensi lain juga ditubuhkan khususnya untuk membantu golongan  petani, menggalakkan perkembangan perusahaan dan perdagangan serta memajukan bandar.

Agensi
Fungsi
Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) 1971
Menstabilkan harga padi.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 1971
Membangun dan memajukan industri perikanan dan naik taraf hidup nelayan.
Perbadanan Pembangunan (UDA) 1971
Membangunkan bandar
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) 1973
Membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah.
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973
Membantu petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi.
Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974
Memajukan sektor perindustrian dan perniagaan berkaitan dengan petroleum.
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
Menggalakkan perindustrian dan perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian, perumahan dan kedai.


Tahap Pertama Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

Rancangan Malaysia Pertama merupakan rancangan lima tahun yang pertama setelah penubuhan Malaysia pada 1963 yang merangkumi Sarawak dan Sabah. Isu yang diketengahkan dalam Rancangan Malaysia Pertama adalah mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor pertanian dan juga perindustrian. Pembukaan tanah oleh FELDA semakin pesat. Ini membawa kepada kemunculan pelbagai projek seperti Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara. FELCRA telah ditubuhkan pada tahun 1965 untuk membantu FELDA menjalankan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar. Pada tahun 1966, RIDA telah digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sementara Bank Bumiputera telah ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan. Penubuhan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969 bertujuan menggiatkan lagi penyertaan Bumiputera dalam bidang tersebut.


Selain itu, MARDI telah ditubuhkan pada tahun 1969. MARDI bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian kecuali getah. Pembangunan sektor perindustrian pula dapat dilihat dengan penubuhan beberapa agensi seperti MIDA pada tahun 1967 dan Lembaga Penasihat Tarif. Segala program pembangunan ekonomi selama ini belum dapat membendung masalah perpaduan kerana jurang perbezaan pendapatan antara kaum masih ketara. Ekoran itu, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan sebagai perancangan pembangunan negara jangka panjang. Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan rakyat.

Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)

Rancangan Malaya Kedua merupakan kesinambungan Rancangan Malaya Pertama kerana rancangan ini masih memberikan penekanan kepada pembangunan penduduk luar bandar. Tujuannya adalah untuk merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar dengan penduduk bandar dan mengurangkan kadar kemiskinan dan sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat. Program di bawah FELDA digiatkan begitu juga dengan usaha mempelbagaikan jenis tanaman untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap getah dan bahan makanan import. FAMA ditubuhkan pada tahun 1965 untuk membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian dan meningkatkan pendapatan mereka.


Rancangan Malaya Kedua pula memberikan tumpuan terhadap penyediaan infrastruktur sosial seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan. Usaha menyediakan peluang pekerjaan juga diberi perhatian. Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan kegiatan pembangunan pada peringkat negeri, daerah dan kampung. Sehubungan itu, Buku Merah yang mengandungi program, pelaksanaan dan kaedah diperkenalkan.

Tahap Pertama Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)


Rancangan Malaya Pertama memberikan penekanan dan perhatian yang serius terhadap sektor ekonomi, sosial dan awam. Dalam sektor ekonomi pembukaan baru untuk pertanian digiatkan, penanaman semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang digalakkan. Dalam sektor sosial pula, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perhubungan diberikan perhatian. Dalam sektor awam pula, infrastruktur seperti balai polis, kem tentera, mahkamah, pejabat pos dan rumah kakitangan kerajaan diberikan tumpuan.
Dalam pelaksanaan  Rancangan Malaya Pertama ini, dua agensi utama kerajaan telah ditubuhkan iaitu RIDA dan FELDA.


Rancangan Malaya Pertama kurang memberangsangkan kerana ancaman komunis semasa Zaman Darurat menyebabkan sejumlah perbelanjaan negara dialihkan kepada keselamatan negara. Keadaan ini telah disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi getah dan bijih timah di pasaran dunia.

Rancangan Pembangunan Lima Tahun

Rancangan Pembangunan Lima Tahun telah dilaksanakan dalam dua tahap iaitu tahap pertama dan tahap kedua. Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua (1971-1990) juga dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (RRJP1) dan dilaksanakan di bawah Dasar Ekonomi Baru.

Tahap Pertama (1956-1970)
Tahap Kedua (1971-1990)
Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)


Isu-isu yang diketengahkan dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun tahap pertama adalah Rancangan Malaya Pertama. Diperkenalkan sejak merdeka lagi. Matlamat utama Rancangan Malaya Pertama adalah untuk membangunkan kawasan luar bandar supaya jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar dapat dirapatkan. Di samping itu, bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar. Rancangan ini juga bermatlamat untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan negara supaya negara tidak terlalu bergantung pada getah dan bijih timah sahaja.




Pengenalan

Semasa memerintah Tanah Melayu, British telah memperkenalkan pelbagai dasar hanya untuk memenuhi kepentingan ekonomi mereka. Kesannya, British telah berjaya mengaut keuntungan daripada sistem ekonomi moden yang diperkenalkan.
                                 
Sistem ini yang bercirikan penggunaan mata wang, pengenalan institusi bank, perdagangan antarabangsa, penggunaan teknologi tinggi dan sistem pengurusan yang cekap adalah begitu asing kepada penduduk peribumi. Penduduk peribumi terus ketinggalan dengan sistem ekonomi tradisional yang merupakan ekonomi sara diri.

Menjelang kemerdekaan, Tanah Melayu terpaksa menghadapi segala kepincangan yang ditinggalkan oleh penjajah untuk membangunkan ekonomi dan sosial demi kesejahteraan rakyatnya. Pembangunan ekonomi di negara kita dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang dimulakan oleh kerajaan Parti Perikatan sejak sebelum merdeka lagi. Pada peringkat awal, rancangan tersebut memberikan tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar bandar. Dasar ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan melalui Rancangan  Pembangunan Lima Tahun. Apabila tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat pada tahun 1990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pula diperkenalkan untuk menyambung hasrat Dasar Ekonomi Baru sehingga 2000.

Dalam pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun menerusi Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional, banyak dasar pembangunan dan agensi kerajaan diwujudkan secara bersepadu untuk memastikan kejayaan pembangunan ekonomi negara.  Secara umumnya, sejarah perancangan pembangunan negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa utama iaitu Perancangan zaman sebelum merdeka, Perancangan zaman selepas merdeka dan Perancangan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Oleh itu, objektif pertama penulisan ini adalah untuk mengetahui isu-isu yang diketengahkan dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun dan mengetahui keberkesanan Rancangan Malaysia dan objektif kedua adalah untuk mengetahui keberkesanan Rancangan Malaysia.